Thursday, 5 September 2013

AJAIBNYA BERSEDEKAH ~ true story

Assalamualaikum
Glad to share this article.. try graps all the limelight..renung renungkan..selamat beramal ~~
*************************************
dik payung ni berapa harga?” tanya ku kepada adik penjaga gerai.
“Satu RM14.90 kak,” jawabnya.
“Ok lah akak nak beli satu yang ini,” sambil tangan ku memegang payung berwarna hijau.
Lalu 2 keping note merah kuhulurkan kepadanya, dan baki RM5.10 dihulurkan kembali kepada ku, namun aku kembalikan 10sen (sekupang dalam bahasa utaranya) kepadanya.
Ambillah dik akak sedekah sekupang ni.”
Bagiku yang penting aku dapat payung untuk mengambil anakku dari kelas mengaji al-quran. Kebetulan tanpa ku sangka hujan turun mencurah-curah hari itu.
Selepas mengambil anak, aku bercadang untuk ke gerai seberang jalan untuk membeli makanan tengah hari, namun dijadikan cerita gerai makanan tersebut ditutup kepada orang ramai kerana para pekerjanya sibuk menyiapkan tempahan. Sesampai aku di hadapan gerai makanan tersebut, seorang pekerja menyapa ku,
“Kak kita tak buka untuk hari ini, tapi bos saya kata kalau akak nak beli jugak menu yang sama dengan tempahan ada lebihan,” salah seorang pekerja di situ bertanya kepadaku.
“Lauk asam pedas ikan parang, sayur kacang goreng dan sambal belacan saja menunya,” dia memberitahu.
“Hmm bolehlah dik, bungkus dua,” kata ku.
Setelah bungkusan bertukar tangan lalu kutanyakan berapa harganya.
Kak, bos saya kata tak payah bayar dia sedekahkan makanan ini untuk akak dan anak akak,” terpana aku seketika, alhamdullillah rezeki bisik hatiku.
Sepanjang perjalannan balik peristiwa itu bermain-main dibenak fikiran ku. Pelbagai persoalan yang timbul, mungkinkkah kerana sedekah sekupang ku Allah gandakan balasannya dan dibayar tunai. Subhanallah… alhamdullillah… nikmat apa yang hendak didustakan lagi?
Aku teringat pada sabda junjungan yang pernah ku baca di laman rasmi Jabatan Kemajuan Islam dulu. 
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda :
“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Sedekah itu umpama pelaburan jangka panjang (long term investment) kerana Allah telah menjanjikan lima kebaikan di dunia dan lima kebaikan di akhirat iaitu; 
5 kebaikan di dunia :
1. Menyucikan harta
2. Menyucikan badan
3. Menolak bala dan penyakit
4. Mengembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin
5. Diberi keberkatan keatas hartanya dan diluaskan Allah rezekinya
5 kebaikan di akhirat pula ialah :
1. Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
2. Ringan hisabnya
3. Berat timbangannya (amalan)
4. Mudah melalui titian siratal-mustaqim
5. Bertambah darjatnya di dalam syurga
Apa yang aku pelajari dari peristiwa ini untuk bersedekah tidak memerlukan wang atau harta yang banyak sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
“Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api.”
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Paling penting hati kita mestilah melakukan dengan ikhlas kerana Allah.
Peristiwa yang telah aku lalui itu betul-betul membekas dihati kerana sedekah sekupang aku dapat makanan untuk dua orang. Sesungguhnya bersedekah itu indah.. ayuh sahabat sekalian marilah kita membanyakkan sedekah kerana Allah.

*********************************
INSYAALLAH =)


cukup dulu tata

Monday, 2 September 2013

PARADOX..apakah??

Assalamualaikum..

Adakah anda tahu apa itu paradox ..oh laa tak tahu ke kalau tak tahu tak mengapa jika anda tak tahu sekarang saya akan beritahu jadi lepaas ni anda da tahu  =___=

Straight to the point paradox ni boleh diberikan dalam berbagai-bagai tafsiran like ..

Tafsiran :

a) paradox bermula dengan satu kenyataan atau persoalan yang pada zahirnya betul tetapiii apabila cuba disimpulkan atau di jawab akan berakhir dengan konflik yang tidak dapat dijawab atau tidak dapat diselesaikan

b) paradox adalah sesuatu yang mustahil untuk dizahirkan ke alam realiti

c) paradox adalah perkara apabila semakin kita berfikir semakin mengelirukan... isk isk


d) paradox adalah perkara yang tiada jawapan penyelesaianya dan jika berbincang berkumpulan haruslah setiap ahli kumpulan tersebut bergaduh kerana masing-masing mahu menang maklumlah memasing tak nak  kalah ?!!



Thus i put some of paradox picture below so for those yang still tak dapat imagine what paradox is.. kindly this is for you..have fun..and please dont stress  >__<


CASE 1: 

Ingat lagi dulu penceramah sekolah aku tunjuk picture ni...and after a minutes he ask..

Penceramah : Nampak tak semuaa...muka perempuan tua ..muka perempuan muda..ada nampak takkk?
Student : Nampakkkk (reramai jawab penuh excited campur riak)
Aku : what?..tang mana plak muka mudanya muka nenek aku nampak la..( jawab dalam hati )
Penceramah : Haaaa bagus bagus cepat tangkap pandai pandai..
Aku : ............



                  So anyone senasib macam aku dulu...dont risau cer tengok bawah...
Reveal..
    pic kiri sekali  : young version
   pic kanan sekali  : old version


CASE 2 :

Apa la hai...

Tangga kiri : semakin menurun jika dikira dari base depan ke belakang (harus base belakang sekali paling rendah)

Tangga kanan : semakin menaik  jika dikira dari base depan ke belakang ( base belakang mestila paling atas)

Kenapakah base paling belakang berada pada ketinggian yang sama walhal tangga kiri menurun and tangga kanan kan menaik??

that what we call paradox ye...memang tak dapat dizahirkan ke alam nyata..




CASE 3:
 wah wah wah..
At first teruja teka tangan mana start dulu tapi lelama pikir itu tak bole kot sini pun tak boleh semua tak boleh aaah...stress..
huh paradox paradox..



CASE 4 :

alahai tingkap ni view dari mana ni dari dalam ke dari luar..ciss memparadoxkan sungguh!


CASE 5:
Laaa apa kek dah nya pulok ni haa..which one atas mana plak bawahnya..penin penin..

CASE 6 :


CASE 7 :
eh how that waterfall exist cuz macam yang kita lihat laluan air tu kan sesearas ja kan..eh eh


FYI..paradox bukan wujud dalam gambaran ja taw..dalam perkataan pun ada like :


I must be cruel to be kind." - Hamlet by William Shakespeare


Ada banyak lagi this just a little of paradox..indeed, for me paradox was fun actually tapi kekadang aku boleh stress bila cuba nak solve...senang nak cakap paradox ni memang susah nak faham kalau tak nak faham pun tak apa ok bai T__T






Cukup dulu ..tata