Friday, 18 October 2013

Homemade indulgence cake

Assalamualaikum




Taddaaaa ! !
Jangan nak tada sangat la kan..let cekidaut biodata kek ni

Nama    : Kek indulgence moist lelehan bahagia
Lokasi   : Dapur rumah mak aku bukan rumah mak kau!
Masa     : Pada satu petang yang hening
Hari     :  A day before hari raya haji 2013
Resepi   : Resepi dalam kertas..mak aku g belajar katanyer
Modal  : Mak aku cakap mahal..aku tak cakap apa-apa..bukan guna duit aku pom hewhew

Aku bukan tolong sangat...tapi kalau bab tolong tengok tu memang aku tolong sangat =__=
But later bila da ciap aku pun mula la sibuk kepochi cecepat potong la slice and hias cecantik untuk kepuasan diri sendri..macam kat bawah ni


Cantik kan..kau mampu nak hias hias camni..penat aku wat ea kasi coklat tu meleleh-leleh cam gitew..asal tak jadi cket aku calit dengan jari then aku jilat so yummy hahaha...then aku ulang-ulang sampi la jadi cam kat atas tu..ish ish..

Setelah cantik aku hias letak badam atas bagai..aku dengan niat nak makan kek ala-ala hotel macaa ni aku pun letak dalam peti sejuk..punya la aku tahan-tahan tak nak makan lagi..da imagine nak makan depan tv sambil makan kek sejuk-sejuk guna garfu ceh hotel sangat..tapi bila imagine ahh bestnyaa so aku pun tahan-tahan tak apa tak apa jangan makan jangan makan..aku pun tunggu tunggu sambil wat kerja apa ntah..biasala esok nak raya ada ja benda nak wat..ada ja makan kek tu tapi makan bukan part aku hias-hias tu la..sedap..tapi dalam otak kecilku ni tetap bayangkan kek yang aku makan tu tak sesedap kek yang tengah menyejuk yang dihias cantik-cantik yang aku simpan dalam peti ais tu..ahhh fell good..ciap bagitaw kat adik-adik barangsiapa sentuh-sentuh kek ni apatah lagi nak colet makan memang nak kena r..haa tengok betapa tingginya darjat kek comelku iteww..ntah macam mana aku terlupa nak makan kek tu hari tu..cis aku sampai sekarang pelik macam mana boleh terlupa padahal bukan main excited time hias kek imagine nak makan kek semua tu..

Esok nya raya...sampai petang tu after bangun tido ( ngantuk weaa..makan ketupat la apa la )..bangun bangun tido perut bunyi-bunyi lapar..so tipikal kalau makan kenyang mengantuk tapi kalau bangun tido lapar..ishh...pastu teringat eh eh kek akuuu...cecepat g peti ais bukak tapiiii...ehh mana kau kek..cari-cari kat tempat lain nak sedap kan ati..pastu ntah macam mana aku tengok kek tu ada atas meja..masalahnya kek tu da tinggal separuh bekas makan da............

FINE...
Sekian.

 ****************************************************************************

Walaupun blog aku tak ada follower..
Walaupun background blog aku tak sekiut mana..
Walaupun header blog aku ntah apa-apa ( haa kau mampu nak wat header cam ni kat blog )..
Tapi i tetap akan tulis blog ni anonyonyooooo




Cukup dulu...tata

Thursday, 5 September 2013

AJAIBNYA BERSEDEKAH ~ true story

Assalamualaikum
Glad to share this article.. try graps all the limelight..renung renungkan..selamat beramal ~~
*************************************
dik payung ni berapa harga?” tanya ku kepada adik penjaga gerai.
“Satu RM14.90 kak,” jawabnya.
“Ok lah akak nak beli satu yang ini,” sambil tangan ku memegang payung berwarna hijau.
Lalu 2 keping note merah kuhulurkan kepadanya, dan baki RM5.10 dihulurkan kembali kepada ku, namun aku kembalikan 10sen (sekupang dalam bahasa utaranya) kepadanya.
Ambillah dik akak sedekah sekupang ni.”
Bagiku yang penting aku dapat payung untuk mengambil anakku dari kelas mengaji al-quran. Kebetulan tanpa ku sangka hujan turun mencurah-curah hari itu.
Selepas mengambil anak, aku bercadang untuk ke gerai seberang jalan untuk membeli makanan tengah hari, namun dijadikan cerita gerai makanan tersebut ditutup kepada orang ramai kerana para pekerjanya sibuk menyiapkan tempahan. Sesampai aku di hadapan gerai makanan tersebut, seorang pekerja menyapa ku,
“Kak kita tak buka untuk hari ini, tapi bos saya kata kalau akak nak beli jugak menu yang sama dengan tempahan ada lebihan,” salah seorang pekerja di situ bertanya kepadaku.
“Lauk asam pedas ikan parang, sayur kacang goreng dan sambal belacan saja menunya,” dia memberitahu.
“Hmm bolehlah dik, bungkus dua,” kata ku.
Setelah bungkusan bertukar tangan lalu kutanyakan berapa harganya.
Kak, bos saya kata tak payah bayar dia sedekahkan makanan ini untuk akak dan anak akak,” terpana aku seketika, alhamdullillah rezeki bisik hatiku.
Sepanjang perjalannan balik peristiwa itu bermain-main dibenak fikiran ku. Pelbagai persoalan yang timbul, mungkinkkah kerana sedekah sekupang ku Allah gandakan balasannya dan dibayar tunai. Subhanallah… alhamdullillah… nikmat apa yang hendak didustakan lagi?
Aku teringat pada sabda junjungan yang pernah ku baca di laman rasmi Jabatan Kemajuan Islam dulu. 
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda :
“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Sedekah itu umpama pelaburan jangka panjang (long term investment) kerana Allah telah menjanjikan lima kebaikan di dunia dan lima kebaikan di akhirat iaitu; 
5 kebaikan di dunia :
1. Menyucikan harta
2. Menyucikan badan
3. Menolak bala dan penyakit
4. Mengembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin
5. Diberi keberkatan keatas hartanya dan diluaskan Allah rezekinya
5 kebaikan di akhirat pula ialah :
1. Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
2. Ringan hisabnya
3. Berat timbangannya (amalan)
4. Mudah melalui titian siratal-mustaqim
5. Bertambah darjatnya di dalam syurga
Apa yang aku pelajari dari peristiwa ini untuk bersedekah tidak memerlukan wang atau harta yang banyak sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
“Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api.”
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Paling penting hati kita mestilah melakukan dengan ikhlas kerana Allah.
Peristiwa yang telah aku lalui itu betul-betul membekas dihati kerana sedekah sekupang aku dapat makanan untuk dua orang. Sesungguhnya bersedekah itu indah.. ayuh sahabat sekalian marilah kita membanyakkan sedekah kerana Allah.

*********************************
INSYAALLAH =)


cukup dulu tata

Monday, 2 September 2013

PARADOX..apakah??

Assalamualaikum..

Adakah anda tahu apa itu paradox ..oh laa tak tahu ke kalau tak tahu tak mengapa jika anda tak tahu sekarang saya akan beritahu jadi lepaas ni anda da tahu  =___=

Straight to the point paradox ni boleh diberikan dalam berbagai-bagai tafsiran like ..

Tafsiran :

a) paradox bermula dengan satu kenyataan atau persoalan yang pada zahirnya betul tetapiii apabila cuba disimpulkan atau di jawab akan berakhir dengan konflik yang tidak dapat dijawab atau tidak dapat diselesaikan

b) paradox adalah sesuatu yang mustahil untuk dizahirkan ke alam realiti

c) paradox adalah perkara apabila semakin kita berfikir semakin mengelirukan... isk isk


d) paradox adalah perkara yang tiada jawapan penyelesaianya dan jika berbincang berkumpulan haruslah setiap ahli kumpulan tersebut bergaduh kerana masing-masing mahu menang maklumlah memasing tak nak  kalah ?!!



Thus i put some of paradox picture below so for those yang still tak dapat imagine what paradox is.. kindly this is for you..have fun..and please dont stress  >__<


CASE 1: 

Ingat lagi dulu penceramah sekolah aku tunjuk picture ni...and after a minutes he ask..

Penceramah : Nampak tak semuaa...muka perempuan tua ..muka perempuan muda..ada nampak takkk?
Student : Nampakkkk (reramai jawab penuh excited campur riak)
Aku : what?..tang mana plak muka mudanya muka nenek aku nampak la..( jawab dalam hati )
Penceramah : Haaaa bagus bagus cepat tangkap pandai pandai..
Aku : ............



                  So anyone senasib macam aku dulu...dont risau cer tengok bawah...
Reveal..
    pic kiri sekali  : young version
   pic kanan sekali  : old version


CASE 2 :

Apa la hai...

Tangga kiri : semakin menurun jika dikira dari base depan ke belakang (harus base belakang sekali paling rendah)

Tangga kanan : semakin menaik  jika dikira dari base depan ke belakang ( base belakang mestila paling atas)

Kenapakah base paling belakang berada pada ketinggian yang sama walhal tangga kiri menurun and tangga kanan kan menaik??

that what we call paradox ye...memang tak dapat dizahirkan ke alam nyata..




CASE 3:
 wah wah wah..
At first teruja teka tangan mana start dulu tapi lelama pikir itu tak bole kot sini pun tak boleh semua tak boleh aaah...stress..
huh paradox paradox..



CASE 4 :

alahai tingkap ni view dari mana ni dari dalam ke dari luar..ciss memparadoxkan sungguh!


CASE 5:
Laaa apa kek dah nya pulok ni haa..which one atas mana plak bawahnya..penin penin..

CASE 6 :


CASE 7 :
eh how that waterfall exist cuz macam yang kita lihat laluan air tu kan sesearas ja kan..eh eh


FYI..paradox bukan wujud dalam gambaran ja taw..dalam perkataan pun ada like :


I must be cruel to be kind." - Hamlet by William Shakespeare


Ada banyak lagi this just a little of paradox..indeed, for me paradox was fun actually tapi kekadang aku boleh stress bila cuba nak solve...senang nak cakap paradox ni memang susah nak faham kalau tak nak faham pun tak apa ok bai T__T






Cukup dulu ..tata

Wednesday, 28 August 2013

Bahasa Penang (EDISI mari belajar ! )

Assalamualaikum

Apa habaq kawan kawannn...ok kali ni entry saja aku nak update mengenai how to learn bahasa penang if in case you want to flirt someone from penang..

pengorat  : awak nama apa bah?
mangsa kena ngorat : hang pasai pa??
pengorat : err err kitak mahu kawan sama awak..boleh gak ( indon ke sabah..confius da aku!)
mangsa kena ngorat : oh noooooo
             
* contoh sesi mengorat yang fail *

Over betul kan aku..saja ja dialog tu..bukan maksud berkenan je orang penang jadi hang wajiblah fasih berbahasa penang tak tak..orang sabah dilarang mengorat orang penang pun takkk..jangan salah faham ye..entry ni pun bukan edisi nak ngorat-ngorat dalam bahasa penang ok..tu pun jangan salah faham..saja aku up entry ni just for share bahasa negeri aku dengan orang luar bak kata pepatah omputih sharing is mering( ceh memandai je aku !)

Eh apa ke he nya duk malalut panjang-panjang ni kan ok ok jum la kita belajar terus zasss...

PART 1 : PERBUATAN

hingaq          :  bising
be-ley-tiaq   :  bebel
ce-ngey        :  garang
ce-muih        :  boring
pulun            : bersungguh-sungguh
lekaih           : menggesa untuk melakukan sesuatu dengan cepat
cewi             : menunjuk-menunjuk dengan bangga@ riak
ghabat          :  panjat
tenyeh          : menggores and something mcm tu la (i dont know how to translate this seriously )
kok-kong     : dukung
mot              : membonceng
terpeley-ot   : terseliuh
ligan             : kejar
gher-nyeh    : senyum
hambat        : halau
ngesot         :  injak
contiang      : conteng
gha-lit         : leka
loq laq        : tak senonoh@ cuai
hinggut        : bergoyang
ghe-ling       : jeling
ghe-yau       : menangis

PART 2  : BUKAN PERBUATAN ^_^

air                :  ayaq

panas           :  hangat
gon              :  bukit@curam
nyok            :  kelapa
beskat         :  basikal
segak           : cantik@handsome
lagu mana     : macam mana@ how
pasai            : mengenai@sebab
pedai ayam  : mangga..yang kunci tu
moktan        : rambutan
pan-choq     : tandas
gu-ruih         : mancis api
ghe-lai          : pecah..or sumthing yang dimusnahkan (ahh how to explain this??)


Nampaknya sampai kat sini ja yang haku mampu... susah oi boley stress camni nak translate lolzz..sesungguhnya nak memantapkan lagi belajar bahasa ni aku syorkan baik belajar face to face or senang cakap belajar through pengalaman bercakap dengan orang utara ni..contoh la kan..

menangis in bahasa penang adalah ghe-yau
cer sebut ghe..ghe ghe..mesti korang ada yang sebut ghe macam lain kan..bukan ghe macam tu...ghe ghe haaa tengok aku sebut...gheeeee....OMG uhuk uhuk aku pon ley nangis cam ni...@_@

Nanti-nanti in case ada perkataan baru aku teringat nanti aku update lain..aku nak elek-elek (relax) dulu ok bye-bye enough pelajaran for today!! 




Cukup dulu tata...

Tuesday, 20 August 2013

Blogger blogger kecintaan


Assalamualaikum

Sebelum ni aku kan cakap aku suka blog tengah jalan (blog walking)...jadinya harini aku akan mengexposekan siapakah blogger-blogger bertuah itteeww....bertuah ke ?!!

Abe fifi fairuz fuyoooooo, akan mengupas, memperlihatkan, memperbincangkan dan pelbagai lagi mem tentang blogger yang aku stalk selama ini..
tiba-tiba teringat dia ni terus hilang fokus nak tulis...
ada sekali johan saja tiru nama pelakon Herman Tino...dia berlakon jadi Herman Tiyes hahahah adoii


Ok aku sambung sorry-sorry teriklan..ni dia kat bawah aku tempek gambar blogerss beserta link blog dorang..layanlah..zasss..


FATIN LIYANA
well known..

IRINE
also well known blogger...untungla blog femes (*_*)


SEPET
blogger gedik-gedik yang sangat best dan tidaklah annoying...best baca blog dya..kelakar and sempoi =)


CEERAMOON
kakak kepada sepet..pun best!

AIN SALAM
mama hotss

FATIN SUHANA
one word to describe her...elegant...cantik masak pun pandai..eh banyak pulak describe tadi cakap one word?? never mind
ELLY IN WONDERLAND
mama modern..with hubby

MEK CAH
blogger cumil from kelate

dannn banyak lagi la blog yang aku selalu tengok-tengok..tapi yang atas ni yang mostly aku bukak...eh ada lagi satu...yang ni wajib ok sehari sebab i suka gocip gocip isk isk isk...


Tapi bukan blog-blog atas ja taw yang aku selalu tengok-tengok...banyak lagi..tetapi mengapakah aku tak list kan semua..of course la sebab aku sangat malas yang hamat wkwkwkwk..ohoii penat taw..nak letak gambar pastu nak link kan dia nak letak caption lagi *padahal malas*...tapi no worry bebeh,aku akan wat list semua blog blog itu dan senaraikan kat tepi belah kanan blog aku ni ha...sekaligus menyenangkan aku sendiri kalau kalau dorang update tak ke senang aku nak perasan so boleh cepat-cepat baca.. tak ke best giteww ??





cukup dulu..tata








Monday, 19 August 2013

FIRST

Assalamualaikum.

Dari dulu aku dok baca blog orang adalah baiknya kalau kali ni aku plak tulis blog sendri..sapa aku?? ceh bajet ada pulak kan orang nak baca blog kau khenn...ahh nevermind...eh..aku dok tengok blogger-blogger lain kalau entry mesti banyak-banyak perenggan kan..so haruslah aku buat perenggan baru sekarang so nampak la banyak macam standard lolzz... *nampak sangat tak ada idea*

Aku sebenarnya malu laa nak expose sapa aku nak-nak pulak member-member semua jenis kaki baca blog orang..kalau blog aku femes macam fatin liyana tak pun irine nadia ke kan,ok la jugak..ini buatnya bestpreng2 aku taw aku ada blog then compem kena perli  lalu aku pun merasa rendah diri lantas tak nak tulis blog lagi.  Oh hoi tak boley jadi ni..so sekarang biar aku jadi anonymous dulu sementara..eh anonymous pun ada blog..apa pon boley ^__^

Adalah hobi aku kalau nak berangan tak pun nak ingat benda lepas-lepas..tak kan nak tulis diary sebab tulisan aku yang macam...tak macam tulisan...yes i admit aku seorang pelupa..tetapi aku sayang kenangan aku...eh apa ke he ni?? so daripada aku dok melengung (termenung) baik aku  tulis blog kan..tak pe tak ada orang baca pun tak apa tak apa (=_=)

Eh bila aku baca balik apa aku tulis ni macam ...cis macam nak padam pulak tapi sayang la sebab da tulis panjang-panjang da penat jari saye bila sayerr patahkan jari jari ini kriuk krap da bunyinya...hmmm..

Last but not least aku sekarang baru habis belajar and tunggu konvo bulan 10 ni. Alhamdulillah...and sementara tu aku jadi cikgu tuisyen matematik bagi budak form4 form5.. i love teaching math so much you know and glad to see others love math too... and at the same time aku ada apply untuk jadi cikgu mara so doakan aku ye korang..bagi aku dapat...bila aku dapat habis aku ajar budak2 nanti semua dapat matematik yang overdose seperti 200% ahahahh...doa aku tawww...

Jap-jap kepada adik-adik yang nak ambik upsr pmr spm wishing u olls gud luck ye..and sapa-sapa yang takut sangat dengan math tu better shut up your mouth and keep do ur math exercise grrr !!! eh garang haha.. tak tak better jangan asyik cakap takut-takut susah-susah lama-lama semua jadi susah laa..kadang-kadang dengar orang cakap susah-susah aaahh sebenarnya semua tu huduh khabar dari rupa aje...math is fun math is fun math is fun (psiko semacam aku ni)!!



Anyonyo y u so creative?!



Cukup dulu..tata.